<body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&what=zone:3"); document.write ("&exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript>
HasNi-ah








Tuesday, November 04, 2008
sAjEr jE nI.. :)

 

FAKTA ATAU AUTA :)

 

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

 

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. hehe

 

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

 

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem  La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini  pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

 

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

 

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

 

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

 

Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

 

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

 

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

 

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

 

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

 

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

 

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku (hehe aku pun)

 

MAJALAH UJANG

 

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

 

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama... Abu kat bawah dia bersuara..

 

" Amer.. nok ujang.."

 

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.

 

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.

 

" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" Amer jadi bengang dengan Abu.

 

"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.

 

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

 

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

 

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..

 

Drummmmmm.. hujan turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian apa lagi basah la kan hehe..

Posted at Tuesday, November 04, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Saturday, October 25, 2008
IkHtIbAr...

 

Manusia, Malaikat Dan Syaitan

 

Manusia: "Eh dah subuh dah?"

Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."

Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

 

Manusia: "Nak makan, laparlah"

Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "

Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

 

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"

Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"

Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

 

Manusia: "Alamak, dah lewat!"

Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."

Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

 

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."

Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"

Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

 

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."

Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"

Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."

 

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"

Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."

Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

 

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".

Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."

Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah"

 

Manusia: "Aku telah berdosa.."

Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "

Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"

 

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"

Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."

Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

 

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"

Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu tiang agama"

Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."

 

***********************

Orang Yang Meninggalkan  Solat

 

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Posted at Saturday, October 25, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Friday, October 17, 2008
SeLiNgAn...

JANGAN KETAWA 1:

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

 

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"

Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."

Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...." (haha)

 

JANGAN KETAWA 2:

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

 

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. .jangan ramai- ramai!" (hehe)

 

JANGAN KETAWA 3:

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

 

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.

Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

 

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"

Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! " (hehe)

 

JANGAN KETAWA 4:

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

 

Samdol :"Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .

 

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

 

Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..

 

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?" (lawak la Samdol ni)

 

JANGAN KETAWA 5:

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

 

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab" saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.

 

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap..." lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital" (cyan dia)

 

******************************************

 

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"

Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"

Cikgu : "Rumputnya mana?"

Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"

Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

 

Pengemis gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.

Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?

Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!

Bapak : Tak kan bleh mendengar?

Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!

Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!

Pengemis : Itu ada tiga ratus !

Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?

Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!! (cyan pakcik ni)

 

Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya.

 

Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

 

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

 

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

 

"Dua puluh empat." (kui..kui..kui..)

 

******************************************

 

Teliti itu penting!

 

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan

pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

 

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

 

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

 

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

 

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.

 

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

 

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. .... (haha)

 

SEKARANG....TUMPUKAN PERHATIAN...PAHAM!!! !!  (hehe)

Posted at Friday, October 17, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Sunday, October 12, 2008
Aurat Kaum Wanita

 

 

 

1 . Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "Riwayat Bukhari dan Muslim

 

2 . Kaki ( tumit kaki )

" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "- An-Nur :31

a ) menampakkan kaki

b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

 

3 . Wangian

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

 

4 . Dada

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " - An-Nur : 31

 

5 . Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

 

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah" Riwayat Bukhari dan Muslim

 

6 . Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a ) bersolek ( make-up )

b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

 

7 . Muka dan Tangan

" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :

"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh

baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja

" Riwayat Muslim dan Bukhari

 

8 . Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

 

9 . Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" - An Nur : 31

 

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "

Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

 

10 . Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " - Al Ahzab : 32

 

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah

 

11 . Kemaluan

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " - An Nur : 31

 

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya

"

Riwayat Al Bazzar

 

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

 

12 . Pakaian

" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

 

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

 

a ) Berpakaian tipis / jarang

b ) Berpakaian ketat / membentuk

c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

 

" Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .

Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " - Al Ahzab : 59

 

13 . Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

 

"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

 

Ciksiti -   http://tokeikedai.net.my/ 

 

Wallahu 'alam.

Posted at Sunday, October 12, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Saturday, October 11, 2008
4 Perkara sebelum Tidur

 

Buat renungan semua:

 

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

 

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

 

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

 

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

 

4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

 

"Bertanya Aisyah :

 

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

 

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

 

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

 

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

 

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Posted at Saturday, October 11, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Friday, October 10, 2008
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

-          http://www.zaharuddin.net/

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Posted at Friday, October 10, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Tujuan Tuntutan Menutup Aurat

Tutuplah Aurat Kamu Wahai Sahabatku...

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a)       Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b)       Agar kaum wanita tidak disakiti

Bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c)        Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati » 

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga 'standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu 'standard'  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e)       Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

===============================

Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan 'illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

-          http://www.zaharuddin.net/

Posted at Friday, October 10, 2008 by Hasni-ah
Comments (4)  

Thursday, October 09, 2008
Hijab Dan Aurat (1)

Haram= dibuat dapat dosa ditinggal dapat pahala

Wajib= dibuat dapat pahala ditinggal dapat dosa

Sunat = dibuat dapat pahala ditinggal tiada apa-apa

Makruh = dibuat tiada apa-apa ditinggal dapat pahala

Harus = dibuat tiada apa-apa ditinggal tiada apa-apa

(Ada beza antara istilah harus dalam Bahasa Indonesia  dan Bahasa Melayu)

 

Muhrim = mereka yang haram dikahwini

 

Ajnabi = mereka yang boleh dikahwini         

 

Hijab

Hijab ialah sesuatu yang digunakan untuk menutup sesuatu.

 

Aurat

*Aurat ialah sesuatu yang seseorang merasa malu jika ia terdedah.

*Aurat sesuatu yang dipandang tidak baik jika ia dibuka, didedahkan.

 

Aurat dalam solat

*Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut mesti ditutup.

*Perempuan: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan.

*Anggota aurat ini tidak boleh terdedah sewaktu solat. Jika ia terdedah ketika solat dikira batal

 

Di luar solat

*Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut.

*Perempuan: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

*Lelaki dan perempuan Islam haram mendedahkan anggota aurat.

 

Apakah tumit wanita aurat ?. Khilaf.......

1.      Jumhur: aurat

Aurat bagi mereka yang tabiat kerjanya tidak mendedahkan tumit. Bukan aurat bagi wanita yang tabiat kerjanya mendedahkan tumit. (pendapat pilihan)

 

Aurat sesama wanita Islam

Anggota di antara pusat dan lutut. Haram sesama wanita Muslimah mendedahkan anggota di antara pusat dan lutut.

 

Aurat wanita  Islam dengan wanita  bukan Islam.

*Pendapat 1: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan, kecuali perempuan kafir itu beradab mulia.

*Pendapat 2: sama seperti aurat dengan wanita Islam: anggota antara pusat dan lutut

*Pendapat 3: anggota yang pada kebiasaannya terdedah semasa wanita membuat kerja-kerja rumah:  kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke siku,  kaki  hingga ke paras bawah lutut. (pendapat pilihan)

 

Aurat lelaki  Muslim dengan lelaki dan perempuan  Islam dan bukan Islam :

Anggota di antara pusat dan lutut.

 

Aurat pandang dan sentuh.

*Perbincangan di atas menjelaskan anggota aurat yang haram didedahkan antara silang jantina dan sama jantina.

*Perbincangan berikut menjelaskan  hukum memandang dan menyentuh anggota aurat dan bukan aurat silang jantina dan sama jantina.

 

Pandang dan sentuh antara suami isteri:

*Suami harus lihat dan sentuh seluruh tubuh isteri, kerana jimak harus, maka pandang dan sentuh pun harus.

*Isteri  harus lihat dan sentuh seluruh tubuh suami, alasan sama.

*Suami isteri boleh lihat faraj tetapi makruh.

 

Pandang dan sentuh  silang jantina mahram:

*Lelaki mahram boleh melihat anggota-anggota bukan aurat : yang biasa terdedah sewaktu perempuan di rumah:  muka, kepala, tengkuk, dua tangan hingga ketapak tangan, kaki hingga ke lutut.

 

*Lelaki mahram haram melihat anggota aurat wanita mahram: yang bukan anggota luaran di atas : dada, payudara, belakang, pinggul, paha dan faraj.

*Lelaki mahram boleh sentuh tanpa alas anggota bukan aurat mahram,  jika aman fitnah.

*Lelaki mahram haram menyentuh tanpa alas semua anggota aurat wanita mahram.

*Lelaki mahram boleh menyentuh anggota aurat wanita mahram beralas  jika aman fitnah.

 

Apa yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh lelaki mahram itulah juga yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh wanita pada lelaki mahram, dengan perhatian bahawa aurat lelaki ialah anggota antara pusat dan lutut.

 

Pandang dan sentuh sesama lelaki Muslim dan bukan Muslim.

*Lelaki Muslim boleh melihat dan menyentuh anggota bukan aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim

*Lelaki Muslim haram melihat dan menyentuh anggota aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim

 

Lelaki boleh kucup (bukan bibir) lelaki yang baru kembali dari perjalanan jauh jika aman dari fitnah.

 

Pandang dan sentuh antara lelaki dan lelaki  cantik.

*Lelaki cantik ialah lelaki yang memiliki kecantikan dan perawakan mirip wanita.

*Lelaki boleh melihat dan menyentuh lelaki cantik tanpa syahwat

*Lelaki haram melihat dan menyentuh lelaki cantik dengan syahwat

 

Pandang dan sentuh antara perempuan Muslim dan bukan Muslim.

*Perempuan Islam boleh melihat seluruh anggota wanita bukan Islam kecuali anggota di antara pusat dan lutut

*Perempuan bukan Islam boleh lihat anggota wanita Islam yang boleh dilihat oleh lelaki mahram: rambut, kepala, muka, tengkuk, dua tangan hingga siku dan kaki hingga ke paras lutut

 

Pandangan dan sentuhan yang diharuskan ialah yang tidak disertai syahwat.

 

Pandang dan sentuh silang jantina ajnabi.

*Konsep dasar  dalam persoalan ini ialah tuntutan syarak supaya merundukkan pandangan.

*Perempuan dan lelaki ajnabi boleh lihat anggota bukan aurat atas keperluan muamalat

*Perempuan dan lelaki ajnabi haram melihat anggota aurat

*Perempuan dan lelaki ajnabi haram menyentuh tanpa alas anggota aurat dan bukan aurat kerana tidak ada keperluan.

 

Keharusan pandang dan sentuh dengan syarat tanpa syahwat dan aman fitnah.

 

Lihat dan sentuh antara silang jantina ajnabi  kerana hajat/darurat.

Lelaki dan perempuan boleh lihat dan sentuh anggota aurat (termasuk faraj) kerana hajat dan darurat :

- Kadi dan saksi boleh lihat aurat wanita untuk keperluan fungsi sebagai saksi dan kadi.

- Lelaki dan perempuan ajnabi ajnabi boleh lihat anggota aurat untuk tujuan perubatan.

- Lelaki ajnabi boleh lihat wanita untuk tujuan kahwin. Syarat boleh lihat :

 

1.Lelaki terbabit yakin ibu bapa perempuan itu akan menerimanya

2.Lihat tanpa syahwat

3.Lihat kadar yang harus sahaja

- pendapat 1: muka dan tapak tangan sahaja

- pendapat 2 : anggota yang pada kebiasaannya terdedah, muka, tengkuk,  kaki dan tangan.

- pendapat 3 : tempat-tempat yang biasanya ada daging.

- pendapat 4: semua tubuh kecuali faraj dan dubur

  Pendapat pilihan: anggota yang mudah terdedah dengan tidak

  membataskan kepada muka dan tapak tangan.

4.Boleh lihat perempuan yang hendak dipinang sahaja.

Posted at Thursday, October 09, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Hijab Dan Aurat (2)

Melihat perempuan tua

Perempuan tua bermaksud perempuan yang tidak lagi merangsang syahwat.

Boleh dilihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah

 

Melihat anak perempuan yang masih kecil

Lelaki ajnabi boleh melihat seluruh badan anak perempuan masih kecil yang belum lagi merangsang syahwat. Jika merangsang syahwat haram.

 

Melihat gambar / bayang / adegan silang jantina ajnabi .

Gambar dan bayang seseorang dapat dilihat dalam keadaan berikut: gambar , filem, bayang dalam cermin, di sebalik cermin lut sinar dan di sebalik air jernih. Berbagai pandangan dan khilaf fukaha' dalam masalah ini. Ia disimpulkan seperti berikut.

 

1.Gambar.

a.      Boleh lihat gambar silang jantina ajnabi yang menutup aurat.

b.      Boleh lihat gambar suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.

c.       Haram lelaki melihat gambar perempuan ajnabi yang hanya tutup anggota antara pusat dan    lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan harus jika tanpa syahwat.

d.      Harus wanita melihat gambar lelaki ajnabi yang hanya menutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat.

e.      Haram lelaki dan wanita melihat gambar lelaki dan wanita bogel dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan boleh jika tanpa syahwat.

 

2.Gambar bergerak (seperti filem)

a.      Boleh lihat gambar bergerak lelaki dan perempuan ajnabi/yah yang menutup aurat.

b.      Boleh lihat  gambar bergerak suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.

c.       Haram lelaki melihat gambar bergerak wanita ajnabi yang hanya menutup anggota antara pusat dan lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)

d.      Haram melihat gambar bergerak lelaki dan wanita bogel. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)

 

3. Melihat bayang dalam cermin dan jasad di sebalik kaca lut sinar atau air jernih.

a.      Hanafiyah, haram melihat faraj dan aurat wanita (termasuk lelaki) di sebalik kaca lut sinar atau di sebalik air jernih. Harus melihat bayang-bayang aurat wanita (dan lelaki) dalam cermin. Bezanya, yang dilihat di sebalik kaca lut sinar dan air jernih ialah jasad, sedangkan bayang dalam cermin adalah bayang-bayang jasad, bukan jasad.

b.      Mazhab Zaidiyah, haram melihat aurat wanita (dan lelaki) di sebalik kaca telus, air jernih atau bayang dalam cermin atau lainnya.

c.       Pendapat pilihan, haram. Alasannya, tujuan pengharaman.

 

4. Melihat adegan-adegan sex.

Adegan-adegan sex boleh diklasifikasikan seperti berikut:-

a.      Single x, jika adegan itu filem, harus dengan syarat tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat, di sebalik cermin lut sinar, di sebalik air jernih atau bayang-bayang dalam cermin.

b.      Duble x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya

c.       Triple x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya.

d.      Harus suami isteri melihat adegan sex mereka dalam filem, bayang dalam cermin atau lainnya.

 

Melihat semua kes ini kerana hajat atau darurat syar`ie dibolehkan sekadar keperluan.

 

Telanjang

Bertelanjang ditegah (Kisah seorang lelaki pikul batu kemudian kainnya tertanggal, beliau terus memikul batu hingga sampai ke tempatnya, kemudian baru mengambil semula kainnya. Perbuatan itu diperbetulkan oleh Rasulullah s.a.w.)

 

Bertelanjang bersendirian dalam khulwah juga ditegah. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Allah lebih berhak untuk dimalui dari manusia".                      

 

Boleh mandi bertelanjang jika di dalam bilik bersendirian.

Boleh mandi telanjang suami isteri.

 

Berselimut telanjang.

Lelaki ditegah berselimut telanjang bersama lelaki lain, sekalipun keluarga terdekat. Begitu juga perempuan.

 

Adakah suara wanita aurat

Ada pendapat mengatakan suara perempuan aurat.

Ada pendapat mengatakan tidak.

 

Kesimpulannya:-

Suara wanita bukan aurat kerana ia suara perempuan. Tetapi ia aurat kerana sebab lain yang mendatang. Oleh itu tidak di tegah memperdengarkannya kepada ajnabi bila ada keperluan.

 

Lelaki ajnabi juga tidak ditegah mendengar suara wanita  ajnabiyah, dengan syarat suara itu tidak sengaja dimanja-manjakan, dilembut-lembutkan atau dikuat-kuatkan.

 

Lelaki ajnabi haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinya sekiranya beliau ada kemungkinan terfitnah/tergoda.

 

Beri salam antara lelaki dan wanita ajnabiyah.

Ada tiga pendapat:

a.      Haram, dengan syahwat atau tidak. Ini merujuk kepada pendapat yang mengatakan seluruh badan perempuan adalah aurat.

b.      Haram jika ada syahwat, dengan tujuan menikmati tangan wanita atau tidak aman fitnah. Pengharaman ini didasarkan kepada (menutup pintu kejahatan/maksiat)

c.       Rukhsah bersalaman dengan perempuan yang tidak lagi merangsang sex, kanak yang belum merangsang sex

 

Ketiga-tiga pendapat ini mengemukakan hujah masing-masing. Meneliti kepada perbincangan para fukaha' ini  kita tidak ragu-ragu membuat kesimpulan berikut:

 

a.      Bersalaman silang jantina ajnabi harus dengan syarat tanpa syahwat, aman fitnah, tiada unsur ingin menikmati satu atau dua pehak. Jika syarat ini tidak dipenuhi bersalaman silang jantina ajnabi adalah haram.

b.      Keharusan bersalaman silang jantina ajnabi mestilah dibatasi kepada hajat. Ia juga sepatutnya dibatasi kepada keluarga terdekat atau keluarga persemendaan. Tidak ada keperluan dan tidak ada hajat untuk ia diperluaskan kepada yang lain. Amat baik jika lelaki dan wanita Islam tidak memulakan salam silang jantina ajnabi. Tetapi jika orang lain yang memulakan sambutlah. Mungkin di situ ada hajat atau adab untuk memelihara air muka orang, terutama dalam majlis-majlis rasmi, ada liputan akhbar yang bukan di bawah kawalan kita.

 

Dengan ini mereka yang melakukannya atas dasar-dasar di atas tidak merasa janggal atau merasakan dia telah mengabaikan ajaran agamanya. Dan supaya perbuatannya tidak dianggap salah oleh orang yang melihatnya. Masalah ini adalah masalah ijtihadiyah...

 

(Alias Othman)

Kolej Jaipetra...Kota Bharu Kelantan...Oktober 1998

Posted at Thursday, October 09, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Monday, October 06, 2008
Wahai sahabat2ku.......

 

Gadisku....

 

Gadisku.... sebelum aku menulis perkataan-perkataan seterusnya, sebelum ku bisikkan luahan rasa, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian. Andai apa yang aku tulis menyentuh hati dan perasaan kalian, maafkan aku.

Gadisku.... kau dijadikan oleh Allah dengan anggota tubuh yang sempurna. Rambut yang bersinar ikal mayang, hidungmu yang mancung, bibirmu yang kemerah-merahan, raut wajahmu yang lembut lagi ayu, anggota badanmu yang tiada cacat celanya. Cukup dan lengkap. Syukur alhamdulillah gadisku.

Gadisku... mengertilah... sebagai tugu pertahanan dalam jiwa, lebih sopan dan cantiknya jika rambutmu yang ikal mayang itu ditutupi dengan sehelai kain tudung. Alangkah manisnya jika bibirmu diamalkan dengan perkataan-perkataan yang suci, zikirrullah. Alangkah indahnya jika raut wajahmu yang ayu itu, dibasahi dengan air mata keinsafan... dipancari dengan cahaya nur, dihiasi dengan senyuman ikhlas.. alangkah baiknya...

Gadisku... kau adalah insan istimewa. Itu adalah hakikat yang tersurat dan yang sebenar-benarnya. Ketahuilah gadisku... kecantikan bukanlah segala-galanya, kecantikan bukanlah perbezaan antara manusia. Kerna... semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan sesama manusia hanyalah amal ibadat, bekal ke alam lain selepas mati.

Gadisku... mahkota kewanitaan adalah penting bagimu. Auratmu adalah pelindung dirimu. Percayalah, batas-batas yang Allah berikan kepadamu sebagai seorang wanita, ada hikmah yang tersembunyi.

Gadisku... janganlah kau riak dengan segala kelebihan yang kau miliki. Semua itu hanyalah pinjaman belaka, hanya sementara sahaja...

Gadisku.. sekali lagi aku memohon maaf. Sesungguhnya hanya kita, gadis sesama Islam yang layak dinasihatkan dan menasihati demi kebaikan kita bersama. Jadikanlah pengajaran dan sempadan, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Mati tidak mengenal usia. Semoga Allah membuka hati dan pintu keinsafan buat diriku dan diri kalian semua.. gadisku.

 

syaz97-sy (tokeikedai.net.my)

Posted at Monday, October 06, 2008 by Hasni-ah
Komen la kat sini ye.. :)  

Previous Page Next Page







Pilih yang mana satu berkenan di hati :)

[[=== Which one U prefer? :) ===]]

[ Ikim.fm ]


[ Radio - Rodja ]


[ Nasyid.fm ]


[[ 'Aroftuka - http://3afooor.com/ ]]
Mesti seronok sgt klu dapat berkelah ngan family kat cni, mandi-manda hehe





~AKU~









WELCOME to MY LINKS


Abe Sabri Ali Atan Dalina Firdaus
Hani Hasni-ah Ismad Nurul
Saif Suhaidi Syahirah
Pok Su Sabri
---------------------

Mp3 Kuliah
Tv Radio Blog

@@--------------@@---------------@@

[ e-solat ]
[ Free Software Quran Reciter]
[ Hijri Date Converter ]
[ Islamic Birthday ]
[ Quran Flash ]
[ Solat Time ]
[ Translation both BM - BI ]

@@--------------@@---------------@@

al-azim.com
al-islam.com
Arkib Artikel

Bicara Sufi
Darul Numan
Halaqah.net

Harun Yahya
I Luv Islam
Islam Online

Islam101
Khutbah Online
Laman Naeim

Listen to al-Quran
Menadah Kitab
MyMasjid

Net Muslims
Portal Muslimah
Sistem Maklumat Faraid

Soal Jawab Agama
Ukhwah.com
Ust. Zaharuddin

@@--------------@@---------------@@


Kementerian Pelajaran

UIA UiTM USIM (KUIM) UKM
UM UMS UNIMAS UPM
UPSI USM UTM UUM
UTHM (KUiTTHO) UniMAP (KUKUM)
UMT (KUSTEM) UTeM (KUTKM)


@@--------------@@---------------@@


ALAF 21

AISYA SOFEA
ALEEYA ANEESA
ANIS AYUNI
AYU EMELDA
BIKASH NUR IDRIS
DAMYA HANNA
DR. HM TUAH
LILY HASLINA
LYNN DAYANA
NIA AZALEA
NORZAILINA
SRI DIAH
UMI AZRINI


@@--------------@@---------------@@

Nasyeed.com

DEVOTEES FAR EAST HIJJAZ IN-TEAM
MESTICA MIRWANA RABBANI RAIHAN WILDAN

@@--------------@@---------------@@


KAMUS INGGERIS - MELAYU DEWAN

PORTAL PENTERJEMAHAN

MUSLIM WEB ASSISTANT

AL-QURAN & HADITH SEARCH


@@--------------@@---------------@@


















Status Online


hasni_03@yahoo.com
















RockYou slideshow | View | Add Favorite










RENUNGAN BERSAMA

Apabila Cinta Kuasai Diri, Maka Segala Tindakannya Dirujuk Kata Hati, Nafsu Dan Si Dia, ALLAH Dan Iman Jadi Nombor 2, View, Nasihat Dan Maruah Family Jadi Nombor 3, Asas Didikan Ditelan Zaman, Budaya Kuala Lumpur Dan Uitm Jadi Ikutan..... Harapan Dan Core Bussinus Tak Dikisahkan, Kebimbanganku Sudah Hampir Tiba, Sejarah Hitam Keluarga Akan Berulang Kembali, Hanya Pedoman Ilahi Penyelamat Diri.... [[[[[MESEJ DARI MY ABE - USTAZ HAMDAN HAMZAH]]]]]
-INSAF BILA MEMBACANYA HUHUHU- Syukran ya akhi......


Buat Emak Saudaraku Yang Dihormati..Janganlah Terlalu Mengharapkan Kasih Dan Cinta Seorang Lelaki, Kerna Ianya Boleh Menjurus Ke Kancah Ma'siat Pada ALLAH. Cinta Sebelum Kahwin Tidak Lebih Hanya Penipuan Semata2. Semuanya Dipandang Cantik Dan Elok. Carilah Cinta ALLAH Dahulu Dengan Meninggalkan Segala Larangan-Nya Dan Bersungguh2 Mentaati Semua Suruhan-Nya..Dambalah Cinta ALLAH, Yakinlah Kita Akan Beroleh Pasangan Yang Juga Cintakan ALLAH, Tazkirah Untuk Diriku Jua, Anak Saudaramu Yang Dhaif Lagi Lemah Yang Mendambakan Cinta ALLAH.. ALLAHUAKBAR!!!!
[[[MESEJ DARI ANAK SAUDARAKU FAKHRI]]] -THANKS MY DEAR, PERINGATAN & NASIHAT YANG CUKUP BERMAKNA-


Kiranya Tiada Cinta Insan Untuk Kita, Cukuplah Cinta ALLAH Penyuluh Hidup, Kelak Akan Ada Cinta Dari Insan Yang Menyintai ALLAH Sebagaimana Cinta Kita Terhadap-Nya INSYA-ALLAH...

Usahlah Bimbang Jika Diri Tak Dihargai Tetapi Apa Yang Perlu Dibimbangkan Adalah Jika Diri Tak Berharga Lagi...Oleh Itu, Ukirlah Senyuman Yang Paling Manis Kerana Selain Sedekah, Senyuman Itu Ibarat Lukisan Rahsia Hati. Senyuman Itu Tidak Menyakitkan Malah Menjadi Penawar Hati Yang Sakit :)

Memadai ALLAH Sebagai Kekasih, Al-Qur'an Sebagai Hiburan Dan Mati Sebagai Peringatan... Pengemis Cinta Ilahi, Perindu Syahid Abadi..

Perkara Yang Paling Aku Menyesal Sekali Dalam Sehari Ialah Apabila Terbenamnya Matahari, Umurku Berkurangan.. Akan Tetapi Amalanku Tidak Bertambah.....
(IBNU MAS'UD)


Baca Dan Tadabburlah Al-Qur'an, Kerana Ianya Akan Menjadi Syafa'at Bagi Kita Di Akhirat Kelak. Jangan Biarkan Masa Muda Kita Berlalu Tanpa Ilmu Dan Penghayatan Terhadap Kalamullah, Kerana Ianya Adalah Sumber Ketenangan Jiwa

Bertahjud Menyerikan Wajah, Bersyukur Membajai Barakah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuahkan Pasrah, Bersaudara Menyemai Mahabbah... Berukhwah Kerana ALLAH...

Pesan Pada Diri Tabahkan Hati, Kuatkan Semangat. Pesan Pada Hati, Kukuhkan Iman, Banyakkan Zikrullah. Pesan Pada Naluri, Jangan Mengeluh Dan Kecewa..Moga Usia Kita Diberkati Dan Hidup Kita Dirahmati, INSYA-ALLAH!!!

Jika Doa Dimakbulkan, Tandanya ALLAH Menyayangi Kita, Jika Doa Lambat Dimakbulkan, Tandanya ALLAH Ingin Menguji Kita Dan Jika Doa Tidak Dimakbulkan, Tandanya ALLAH Merancang Yang Terbaik Untuk Kita -PENYEJUK HATI :)-

Semakin Jauh Perjalanan, Semakin Dekat Kematian, Semakin Bertambah Bebanan, Semakin Kurang Keupayaan... Hanya Iman Dan Keyakinan Mampu Mengayuh Perahu Kehidupan Dengan Penuh Ketenangan Menempuh Ujian.

"Ukhwah Itu Bukan Terletak Pada Manisnya Ucapan Di Bibir @ Pada Indahnya Pertemuan, Tetapi Dalam Ingatan Seseorang Kepada Temannya Di Dalam Doanya..." (IMAM AL-GHAZALI)


Nafsu menyatakan Wanita cantik pada rupa parasnya, hati menyatakan wanita cantik pada kemewahannya, akal menyatakan wanita cantik pada kepandaiannya TETAPI iman menyatakan wanita cantik pada sopan santunnya...

Kemuliaan Seorang Mukmin Itu Adalah Kerana Agamanya, Maruahnya Terletak Pada Akalnya Dan Kedudukannya Adalah Bergantung Kepada Akhlaknya......
(IBNU HIBBAN & BAIHAQI)


Dunia Ini Ibarat Pentas Lakonan... Manusia Itu Pelakon & Pengarah utamanya, Al-Quran Wa Sunnah Itulah Sripnya, Malaikat Itulah Jurugambarnya, Islam Itulah Jalan Ceritanya, KIAMAT Itulah Kesudahan Penggambaran, PADANG MAHSYAR Tempat Penganugerahannya, Rasulullah s.a.w "Pelakon Terbaiknya", ALLAH s.w.t Jurinya & Syurga @ Neraka Tropinya. Penuhilah Filem Hidup Kita Dengan Penuh Perjuangan, INSYA-ALLAH

Ilmu Itu Kehidupan Hati Daripada Kebutaan, Sinar Penglihtan Daripada Kezaliman & Terasa Badan daripada Kelemahan.Dengan Ilmu, Manusia Mempunyai Darjat Yang Tinggi (IMAM AL-GHAZALI)

Marilah Kita Belajar Dengan Alam Kehidupan Kerana Ia Bagaikan Universiti Terbuka Yang Mengandungi Pelbagai Fakulti Untuk Dipelajari.. Alam Akan Mengelurkan DEGREE yang Menjamin Kehidupan Kita..Antara Degree Yang Paling Berharga Ialah Degree Perasaan, Ia Mendidik Perasaan Graduannya Agar Lebih Matang, Tahan Diuji, Pandai Menggunakannya Ketika Mendapat Nilamat & Ujian..Nikmat Untuk Pandai BERSYUKUR dan Ujian untuk Pandai BERSABAR..

Bila Kita Keseorangan, Bukan Kita Tak Berteman, Bukan Jua Kita Bersendirian, Tapi AKAL yang sejengkal Itu TEMAN, ILMU di dada itu KAWAN, Dan AL-QURAN Itulah PEDOMAN......

Pandangan Pertama Adalah Rezeki, Pandangan Kedua Adalah Nafsu, Dan Pandangan Ketiga Adalah Haram.... (KATA ULAMAK) Jangan Biarkan Nafsu Menguasai Akal Kita..Apabila Nafsu Menguasai Akal, Semua Tindakan Yang Di Luar Batasan Juga Akan Menjadi Pedoman..... >Petikan Dari Majalah ANIS<
(So Nasihat Aku, Jagalah Pandangan Kita Terutama Antara Lelaki Dan Perempuan. Nasihat Buat Diriku Jua, INSYA ALLAH Kita Boleh!!!)


Tentu Sahaja Indah Makan Bersama Kekasih Di Bawah Langit Malam Dala Suram Neon, Tentu Sahaja Indah Melindungi Kekasih Tubuh Hanya Disentuh Sesudah Nikah, Tentu Sahaja Indah Bersama Kekasih Hanya Kerana ALLAH...
(MUHAMMAD ALI ATAN, SERI SENTOSA KL - MAJALAH NUR NOV 2007)


Puisi Untuk Insan Bergelar Remaja: Temanku, Bersahabat Itu Mulia, Bercinta Tanpa Ikatan Penuh Dosa, Renungilah Temanku, Jika Sepasang Kekasih Berdating Di Taman, Kita Pula Tidak Sabar-Sabar berdating Dalam Majlis Ilmu, Penuh Keberkatan (NOVELIS FATIMAH SYARHA - ANIS NOV 2007)

Orang Yang Benar Bukanlah Orang Yang Tidak Pernah Melakukan Kesilapan Melainkan Orang-Orang Yang Dapat Menjadikan Kesilapan Itu Sebagai Alat Untuk Memperbaiki Diri...

Masa Yang Lalu Akan Menjadi Sejarah, Masa Kini Akan tetap Berlalu Tanpa Menanti Kita, Masa Akan Datang Merupakan Sesuatu Yang Belum Pasti Tiba..HARGAILAH MASA.. ***Hargailah Apa Yang Kita Miliki Hari Ini..Yang Berlalu Biarlah Ia Berlalu, Moga Di Masa Hadapan Akan Tiba Saat Yang Membahagiakan Dalam Hidup Kita, INSYAALLAH..***

Dunia Ini Umpama Lautan Yang Luas, Kita Adalah Kapal Yang Belayar Di Lautan Telah Ramai Kapal Karam Di Dalamnya.. Andai Muatan Kita Adalah Iman, Dan Layarnya Takwa, Nescaya Kita Akan Selamat Dari Tersesat Di Lautan Hidup Ini...."


Setiap Yang Kita Lakukan Biarlah Jujur Kerana Kejujuran Itu Telalu Penting Dalam Sebuah Kehidupan...Tanpa Kejujuran Hidup Sentiasa Menjadi Mainan Orang.

Kegagalan Dalam Kemuliaan Lebih Baik Daripada Kejayaan Dalam Kehinaan... Memberi Sedikit Dengan Ikhlas Pula lLebih Mulia Dari Memberi Dengan Banyak Tapi Diiringi Dengan Perasaan Riak.

Kata-Kata Yang Lembut Dapat Melembutkan Hati Yang Lebih Keras Dari Batu... Tetapi Kata-Kata Yang Kasar Dapat Mengasarkan Hati Yang Lunak Seperti Sutera.

Keikhlasan Itu Umpama Seekor Semut Hitam Di Atas Batu Yang Hitam Di Malam Yang Amat Kelam.. Ianya Wujud Tapi Amat Sukar Dilihat.

Kekayaan Bukanlah Satu Dosa Dan Kecantikan Bukanlah Satu kesalahan... Oleh Iu Jika Jika Memiliki Kedua-Duanya Janganlah Lupa Pada Yang Maha Berkuasa...

Harta Akan Habis Digunakan Tanpa Ilmu Tetapi Sebaliknya Ilmu Akan Berkembang Jika Ianya Digunakan Walaupun Tanpa Harta...

Kita Sentiasa Muda Untuk Melakukan Dosa Tetapi Tidak Pernah Tua Untuk Bertaubat.

Orang Yang Bahagia Itu Akan Selalu Menyediakan waktu Untuk Membaca Kerana Membaca Itu Sumber Hikmah, Menyediakan Waktu Tertawa Kerana Tertawa Itu Muziknya Jwa, Menyediakan Waktu Untuk Berfikir Kerana Berfikir Itu Pokok Kemajuan, Menyediakan Waktu Untuk Beramal Kerana Beramal Itu Pangkal Kejayaan, Menyediakan Waktu Untuk Bersenda Kerana Bersenda Itu Akan Membuat Muda Selalu Dan Menyediakan Waktu Beribadat Kerana Beribadat Itu Adalah Ibu Dari Segala Ketenangan Jiwa. ...

"Wanita Yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".


"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan... Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang...Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati (SAIDINA ALI)

Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki, tetapi ingat kamu akan mati.. Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingta bahawa engkau akan berpisah dengannya...Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, tetapi awas kamu akan di balas atas apa yang dilakukan itu... Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain... ( Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na’im)

Al-Imam ibn Abdul Barri pernah berkata… Kamu Sentiasa Menjadi ALIM Selagi Kamu Menjadi PELAJAR Maka….. Apabila Kamu Merasa Cukup (RASA PANDAI & KAYA ILMU) Maka Kamu Telah Menjadi JAHIL.. ..

Apabila engkau kenyang, ingatlah kepada orang-orang yang kelaparan.. Lapar itu disisi Allah berada dalam simpananNya, yang tidak akan diberikan oleh Allah kecuali kepada orang yang dicintaiNya... Takutlah akan kekenyangan sebab kekenyangan itu memberatkan hidup dan akan berbau busuk apabila mati..

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh... (ULAMA')

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai... Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama..... ( Hamka )

Kalau engkau ingin menjadi raja,p akailah sifat qanaah. Kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerti yang baik... Kedua sifat ini ialah kawan bahagia..... (SAIDINA ALI)

Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu, jika kamu berada di tengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan, jaga perangaimu... (Lukmanul Hakim)

Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang ’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.

Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik..."


Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya, berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.

Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu, tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu.. Apbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu, biarkanlah, maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan... Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali..

Kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu...

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan... Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. ..Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan... Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan...

Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati... Cintai siapa saja yang kamu senangi... Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya... Lakukan apa saja yang kamu kehendaki... Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit iaitu ALLAH...


"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat... (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Barangsiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya...

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu... Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab... Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal... Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut...

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya... Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina... Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya... Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan te rjaga...

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya... Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga...

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tentram dalam hidupnya: iri, dengki, dan akhlak buruk .....

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.....

Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya...

Kecantikan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.....

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.....

"Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya"


Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikirkan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit....

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur...

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya... (SAIDINA ABU BAKAR)

Wanita/perempuan diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukandaripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang...

Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya... Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya..

Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan.......

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.......


Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.......

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik..

Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri... Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka...

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain...

Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda... Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup... Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku...

Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.....

Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu...

Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.....

Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidah nya selalu basah dengan Zikrullah...

Yang dekat itu hati; Yang jauh itu masa; Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah; Yang indah itu solat; Yang tajam itu lidah.. (IMAM AL-GHAZALI)

Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya... Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya.. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, April 19, 2001 -Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 2001). SO, JGN ANGKUH N SOMBONG WALAU PANGKAT TINGGI N KAYA SEKALIPUN!

Indahnya hidup akan lebih berseri dengan cahaya iman dan taqwa pudarnya hidup lantaran menjauhi diri dari cahaya Illahi....

Jangan Tertarik Kepada Seseorang Kerana Parasnya, Sebab Keelokan Paras Boleh Menyesatkan... Jangan Pula Tertarik Kepada Kekayaanya, Kerana Kekayaan Boleh Musnah... Tertariklah Kepada Akhlak Seseorang Yang Dapat Membuatmu Tersenyum, Kerana Hanya Senyum Yang Dapat Membuat Hari-Hari Yang Gelap Menjadi Cerah, Insya-Allah :) :) :) :) :)

Nilai Manusia, Bukan Bagaimana Ia Mati, Melainkan Bagaimana Ia Hidup; Bukan Apa Yang Diperoleh, Melainkan Apa Yang Telah Diberikan; Bukan Apa Pangkatnya, Melainkan Apa Yang Telah Diperbuat Dengan Tugas Yang Diberikan Tuhan Kepadanya.....

Erti Kasih Yang Sebenar Ialah Sentiasa Mengingati Saudaranya Yang Lain Semasa Kesusahan.....

Manusia Hanya Merancang, Tuhanlah Yang Menentukan. Tetapi Jika Kita Merancang Dan 'Bekerja Keras' Disertai Keyakinan 100% Terhadap Kuasa Tuhan, Kita Pasti Akan Berjaya...

Indah Bukan Pada Rupa Dan Buruk Bukan Pada Cacat TAPI Pada Sekeping Hati...

Letaklah akal dan fikiranmu di atas junjungan sebagai mahkota agar senang digapai dan diaplikasi dan jangan pula di bawah telapak kaki kerana senang dipijak dan dikotorkan

Kelebihan Bukanlah Suatu Kemuliaan Manakala Kekurangan Bukanlah Suatu Kedaifan... Ia Bergantung Kepada Semangat Yang Tak Pernah Mengalah...

Minda kosong tak bererti bodoh, hati yang hitam boleh digilap dengan iman, ilmu terdapat selautan tetapi usaha itu penting untuk mencapai cita-cita dunia dan ahkirat

Perkara yg paling diKESALkan bukanlah tidak mendapat apa yg diINGINKAN, tapi tidak memberi apa yg patut diBERIkan... ; Ringankan semua anggota badan kita untuk bersedekah..


Selagi bergelar manusia bila-bila boleh berubah oleh itu jangan sesekali mengeji kerana kita tidak tahu selama mana kejian itu akan kekal menjadi kejian...

Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan... Hargai kehidupan yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya...

Jika mudah menunding jari menyalahkan orang lain, sedarlah satu jari menunding ke arah orang lain manakala empat jari lagi menunding ke arah diri sendiri...

Janganlah kamu bersahabat, seandainya sahabatmu itu tidak mampu membawamu ke syurga (Saidina Abu Bakar)

The Secret of Life is NOT to do what you like... BUT to like what you do... (Rahsia bagi sebuah kejayaan adalah kita haruslah suka apa yang kita buat dan jangan buat apa yang kita suka)

Akar yang terlindung jangan dilupa kerAna tanpanya tiada bunga yang indah berkembang mekar... Bajailah kejayaan kerana ia satu perjalanan bukan destinasi...

Hidup tanpa ilmu umpama orang yg mati, ilmu tanpa amal umpama orang yg tidur, amal tanpa keikhlasan adalah sia-sia..

Aku dan perjalanan tanpa arah umpama berjalan didalam kegelapan. carilah cahaya itu di dalam genggaman takwa dan keyakinan. Berusahalah aku.. *AKU - sape2 je lah =)

Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan." [kata2 hikmah Sayyidina Ali]

Rasulullah s.a.w bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu ‘anhuma)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (H-R Muttafaqun Alaih)

Dari Abu Hurairah R.A Katanya, Rasulullah S.A.W Bersabda: Sesungguhnya Allah Tidak Memandang Kpd Rupa Kamu Juga xMemandang Kepada Harta Kamu, Akan Tetapi Allah Melihat Kepada Hati & Amalan Kamu (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)




Image provided by PurrFX.com

HASNIAH BINTI HAMZAH


4| | |WATCH YOUR TIME| | |3





HASNIAH BINTI HAMZAH






HASNIAH BINTI HAMZAH NO 338 BLOK TANAH MERAH 17700 AYER LANAS JELI QLATE SERAMBI MEKAH MALAYSIA





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed