|
KOSMO ONLINE 28 MAC 2009 (SABTU) - NEGARA - Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam. Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat. Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama |
| malaysia web design July 1, 2009 05:12 PM PDT sayadah berjaya berenti rokok bulan puasa | ||
| freedose April 16, 2009 11:31 PM PDT slow2 kurangkan merokok... nak berenti terus memang susah.... | ||
| zack March 30, 2009 08:46 AM PDT sebodoh2 lembu pn thu rokok tu bahaya,tp sepandai2 manusia rokok gak jd khut(makanan asasi)ore dlu mati kerana jihad tp ore skrg mati krna rokok, | ||
| Leave a Comment: |